Tuesday, April 19, 2011

Study Week la pulak...!!

Assalamualaikum..,

alhamdulillah, akhirnya abis dah segala assignment yang lecturer2 ak bg. takde kelas2 & lecture2 yang nk kene pegi dah. sekarang tinggal nak focus utk final, yang bakal start 28hb April ni sampai 9hb May. Gap exam agak menarik la, ada yang ok, ada yang x ok. xp ak rasa yang paling mencabar paper aud571 dan aud610, sbb gap dier terlalu dkt dan rasa cam x sempat study. paper far600 pun mencabar gak, xp ak target pass je.. hehe..

minggu lepas gak kelas ktorang wat sesi maaf-bermaafan dan sesi open table. ehehhe. ak sempat la mintak maap kt semua member2 kelas ak, terutama adnan. kesian lak sepanjang sem asyik kaco dier je. haha. sesi open table lak mmg best gle (TQ kepada org2 yang organise), siap ader sesi anugerah lagi. mcm2 anugerah ader dari budak paling skema, sampai budak paling popular. yang tak bleh blah aku menang pasangan paling hot...dengan adnan. "terima kasih" la kepada member2 yang mengundi. seronok gle dpt pasangan hot [tangan di dada,mata naik atas] Hahaha.. mknan pun gempak, dpt mkn dominos, nasi goreng, dan KFC. terbaik dr ladang..

rasa macam sayang lak nak abiskan study kt uitm ni. patut la alumni giat je, walaupun dah bz dgn komitmen keje dan berkeluarga. harap2 aku pun dpt la tlg ape yang ptt utk uitm lepas grad nnti..

apa2 pun, nak kene focus balik utk final. harap2 xde la yang terkantoi utk sem ni. nak gak grad dgn member2. lepas tu boleh smbung ACCA dan kawen. haha.. gedik plak nak kawen. bukan pe..,sbb my non related bro, khairul hafidz, yang selama ni ngajo aku camne idup kt dunia, dah dikurniakan cahaya mata.. cpt tol dah berkeluarga, anak comel lak tu. congrats kt dier dan isterinya, kak rose.

k lah.. dat's all for now.. nanti aku roger lagi ble free. tapi rasanya lambat lagi la nak post sbb bz dgn study kan. doakan la aku dan member2 aku dpt lakukan yang terbaek utk final ni.. AMIN. peace!! Assalamualaikum!

* Dengar2 kata lepas final, kene gie filipin, ader tournament.. harap2nye betul. sernok gak dpt g sane lepas menganggur ni kan.. HAHAHA :P

Monday, April 11, 2011

Settle...~

assalamualaikum...

last week has been great to me. walaupun bz gile2, xp lepas settle assignment, rasa puas larh dgn keje aku. 1st dengan keje maf635, fuhhh lega gile ble puan ckp well done.. tahniah dgn groupmate aku, liza, dila, fatin.. diorang mmg perform gle. aku rasa cam aku tak wat pape sgt pun.. all credit goes to them.. 2nd plak maf680, presentation rasa cam orite je. walaupun ktorang byk baca skrip, aku rasa mmg team ktorang menjawap berdasarkan aper yang lecturer sruh la.. tak terlalu skema, tak terlalu out of scope.. so, cun laa...

lepas presentation, aku dgn bdak2 jasper bz plak utk drama ktorang pada pre-grad dinner. huru-hara gak kat sane sbb stage utk drama tu kecik dari apa yang ktorang sangkakan. then mcm2 masalah dtg;mcm mic, masa, dan etc, tapi alhamdulillah last sekali ktorang dapat perform yang terbaek.. time dinner tu kawan aku adnan perform lagu mahakarya cinta,. okay la, menarik gak.. bleh menyanyi rupenye dier.. hehe.. in the nutshell, mlm tu best laa.. dpt tangkap gambar dgn member2 semua, rasa miz plak ble dah abis study nanti.. tu la org ckp, "You don't appreciate what you have until it's gone".. Pape pun, life goes on.. everything must have an end,rite..?!

speaking of which, tadi ader last kelas dengan puan che ah, lecturer maf640.. dpt carrymark dr dier, alhamdulillah okay, kire ckup la utk bwk ke final.. and then ader sesi bergambar2 dgn dier. bg aku, dier ni lecturer terbaek la dlm fac tu. sanggup provide xtra notes, explaination gempak, rajin, efficient, caring, kire smua ada laa. bukan senang nak dpt lecturer cam dier. harap dpt la score paper dier time final nanti.. Thanks for everything Puan Che Ah, u're d best..

bagi menghargai usaha2 lecturer aku yang disayangi ni, aku tuju lagu ni kepada Puan Che Ah, who will be greatly miss...



Kini Aku Kernamu
Album : Dunia Yang Lebih Indah
Munsyid : Firdaus

bertanya tentang segala hal yang aku buta
kau bukakan cakrawala
curahkan tulus ilmu membimbing langkahku
menggapai tinggi bintangku

tiada pernah berhenti
dengan sabar cuba buatku mengerti
tiada harga yang mampu
membalas jasamu terima kasihku

kau abdikan dirimu tuk semua
menerangi gelapnya dunia
ikhlas hatimu bicara
kau lakukan demi cinta
yang kan membawamu ke syurga
oh guruku, di hatiku, doaku untukmu selalu

bersinarnya matamu saat berjayaku
fahami segala maksudmu
semangati ku berdiri bila sedih hati
hingga ku tersenyum lagi


dat's all for now. nak siapkan far600 plak. hahahaha PEACE! Assalamualaikumm..

Tuesday, April 5, 2011

Busy Me, Busy is Killing Me...

Assalamualaikum,

rasa cam dah lame tak tulis blog ni, selalunye tulis kt twitter je . sebab tak panjang nk tweet, tulis pendek2 pun xpe. hehe. pape pun, sepanjang dua bulan ni memang kudrat ku ditest habis-habisan, assignment dan test dah macam bestfriend aku dah. nak balik umah hujung minggu pun susah sekarang. risau kalau-kalau parent aku ingat aku dah benci duduk rumah. redha sudah.

citer pasal rumah, teringat plak pasal si aiman, adik aku. katanya sekarang tengah rajin main badminton. mungkin sejak chong wei menang all england aritu kot, dia dah semangat nak men. bagus la. atleast dia jadi makain sihat. nak main boling, tempat jauh, ade masa plak aku nak temankan dia men boling, tambah-tambah time sekarang ni. sorry ye bro.. hehehe,..

anyway, diz week aku ngan budak-budak jasper tengah bz utk performance drama kitorang kat dinner nanti. aku ingat nak tarik diri je sebab bz, tapi tengok dengan katik, cicak, penat practice guitar pagi-pagi, siap wat lyric lagi utk drama, aku rasa tak baik plak wat gitu. lagipun, bukan selalu nak dapat peluang berlakon drama,kan.. hehe lantak la, buat sehabis baik sudah,kan3?

diz week jugak ader presentation maf680 dan maf635, which is one of our last assignments. nak rasa cmbest, tapi lagi 3 minggu je nak final dah, so kire cam tak free jugak laa hujung-hujung minggu yang mendatang ni...

k la, dats all for now. nanti len abad kalo aku rajin, aku tulis lg kt blog ni.. PEACE! Assalamualaikum... ;)

* tahniah kepada kawan-kawan aku yang kabarnya sudah mahu berkahwin lepas grad nanti. cepat betul korang perform.. hehe.. ;)